|
Salam sejahtera...
Disini kami ingin berkongsi sedikit maklumat tentang bahaya kanser payudara dan juga peluang untuk anda menjana pendapatan bersama kami.Mudah-mudahan apa yang kita kongsikan pada hari ini akan membawa kesedaran pada kita semua tentang bahaya kanser payudara atau "The Silent Killer" ini.
Bahaya Kanser Payudara
Kanser Payudara
Perkataan kanser diambil dari bahasa latin "crab". Umumnya 1 billion sel kanser diperlukan untuk membentuk selonggok tisu kanser bersaiz 1 diameter dan berat 1 gram. Oleh itu, kanser adalah sukar dan lewat dikesan melalui teknik pengimejan.
Menurut Laporan Daftar Kanser Kebangsaan ‘National Cancer Registry’ 2002:
* Terdapat lebih dari 26,000 kes baru kanser dikesan di Semenanjung Malaysia.
* Wanita Malaysia mempunyai insiden kanser lebih tinggi (55 peratus berbanding 45 peratus) daripada lelaki.
* 1 dalam 5.5 warga Malaysia dijangka mendapat kanser sepanjang hayatnya (1 dalam 4 orang bagi kaum Cina, 1 dalam 5 orang bagi kaum India dan 1 dalam 7 orang bagi kaum Melayu).
Apa itu Kanser Payudara?
Kanser payudara merupakan kanser utama di kalangan wanita di Malaysia, 1 dalam 19 wanita adalah berisiko. Berbanding 1 dalam 8 wanita di Eropah dan Amerika Syarikat. Kanser payudara bermula dari sel payudara. Kanser payudara adalah biasa pada wanita dan hanya 1% lelaki mendapat kanser ini. Payudara wanita adalah terdiri dari sel-sel kelenjar lobul yang menghasilkan susu (lobulas), saluran yang bawa susu ke bahagian puting, lemak dan tisu pengantara, saluran darah dan limfa. Kebanyakan kanser payudara bermula dari sel yang melapisi bahagian saluran (ductal cancer), sebahagian lain bermula pada kelenjar lobul (lobular cancer) dan selebihnya bermula dari tisu-tisu lain.
Apabila sel ini sampai ke bahagian tubuh badan yang lain, ketumbuhan baru boleh terjadi di organ tersebut. Keadaan barah merebak ini adalah dikenali sebagai barah sekunder atau metastasis. Perkataan barah juga boleh digunakan dalam keadaan pertambahan sel yang tidak normal tetapi tidak diikuti dengan ketumbuhan atau tumor. Ini adalah seperti yang berlaku dalam penyakit yang melibatkan sel penghasilan darah iaitu penyakit leukimia.
Jenis-jenis kanser payudara
* Kanser setempat 'Carcinoma in situ' : Istilah ini merujuk kepada kanser peringkat awal dan masih berada di tempat ia bermula iaitu terhad di saluran atau kelenjar susu payudara.
* Kanser saluranan 'Ductal carcinoma in situ' (DCIS): Ia adalah jenis kanser payudara yang tidak merebak (noninvasive) dan berada di sekitar saluranan susu payudara.
* Kanser lobular (Lobular carcinoma in sit) (LCIS): Keadaan ini bermula di kelenjar susu dan tidak melepasi dindingnya.
* Kanser saluran merebak (Invasive (infiltrating) ductal carcinoma) (IDC): Merupakan kanser payudara yang paling biasa. Bermula pada saluran susu, melepasi dinding saluran dan merebak ke tisu payudara lain.
* Kanser lobul merebak (Invasive (infiltrating) lobular carcinoma (ILC)): Kanser ini bermula pada kelenjar susu. Ia boleh merebak ke bahagian tubuh yang lain.
Tak dapat dinafikan,semua wanita inginkan payudara yang cantik,montok dan menawan.....tapi adakah ia sihat?Bilakah kali terakhir anda memeriksa payudara anda?
Apa pun jangan lakukan sesuatu kerana orang lain. Berbuatlah sesuatu untuk diri anda sendiri. INGAT apa yang anda lakukan hari ini adalah persediaan untuk kesihatan payudara anda pada hari esok. 

Alhamdulillah...
Dilaman web ini juga kami mengambil kesempatan untuk berkongsi dengan anda satu peluang yang ditawarkan oleh Syarikat GSI Sdn Bhd dalam memasarkan produk keluaran mereka.
Tak dapat dinafikan dalam keadaan ekonomi yang merudum ini banyak tawaran dan peluang yang ditawarkan pada anda dalam menjana pendapatan tambahan.
Petikan kata kata hikmat Prof. Dr. Hamka:
"Peluang yang besar itu datang secara tiba-tiba.....datang tidak menentu masa.....datang disaat kita kesempitan atau kesusahan. Nilailah peluang itu dengan secara bijaksana. Rebutlah peluang yang besar itu, kerana peluang yang besar itu boleh berlalu dengan tiba-tiba. Jangan jadikan Seribu Alasan untuk tidak merebut peluang yang besar itu!”
Apabila disebut sahaja tentang perniagaan Multi Level Marketing (MLM), ramai orang sudah pun berfikir negatif malah tidak mahu mendengar langsung hujah dan tidak mahu melihat kebaikan disebalik perniagaan ini.
Perkongsian kami dengan pelbagai kenalan, sahabat dan orang ramai mengenai perniagaan Multi Level Marketing telah banyak membantu mereka mengenal erti sebenar industri ini. Sebelum ini, ramai yang salah anggap ataupun salah faham mengenai perniagaan MLM.

Kebiasaaanya mereka sangkakan perniagaan ini adalah hasil dari usaha mereka berseorangan. Hakikatnya ramai jutawan-jutawan MLM telah menyatakan dan telah berulang-kali menyatakan dengan pasti bahawa MLM adalah perniagaan mudah tanpa risiko yang boleh membuatkan seseorang itu memperolehi pendapatan sampingan yang diluar jangkaan diatas usaha keseluruhan kumpulan bukannya usaha berseorangan.Di dalam perniagaan MLM, perkara utama sekali yang perlu dititik beratkan adalah " Education" atau lebih dikenali sebagai pendidikan atau ilmu di dalam perniagaan MLM.
Setiap pekerjaan yang kita lakukan sekarang sebenarnya diiringi dengan ilmu. Tanpa ilmu, mungkin kita tidak berada di posisi pekerjaan kita sekarang. Persoalannya sekarang, mengapa kita perlukan ilmu di dalam industri ini? Tujuannya adalah untuk kita belajar dan berlatih supaya menjadi lebih yakin dan mahir di dalam industri ini. Apabila kita yakin dan diiringi dengan ilmu di dada, pasti anda boleh lakukan perniagaan ini dengan mudah.
Inilah yang kami kongsikan dengan anda semua. Syarikat GSI Sdn Bhd dengan kerjasama Syarikat Totag Sdn Bhd dan dengan sokongan pihak Kementerian Sumber Manusia ingin menawarkan kepada anda peluang untuk anda menimba ilmu dan menjana pendapatan bersama kami.Anda akan dilatih sebaik mungkin bagaimana untuk menjalankan perniagaan seumpama ini. 

|